Usik Sikit

Daripada : Aku Seorang Pekerja

Assalamualaikum... Mesyuarat agong kelab telah lama berlalu tetapi hati saya ni belum cukup tenteram sepenuhnya akibat kerenah sesetengah ahli yang langsung tidak pandai nak mengucapkan terima kasih kepada kelab dan pihak pengurusan.

Saya bukannya nak suruh ucapkan terima kasih kepada AJK atau sapa2 yang mengendalikan kelab ni dalam menganjurkan sesuatu aktiviti tetapi cubalah fikir sikit kepenatan mereka ni dalam urusan pengajuran sesuatu aktiviti tu. Bukan mengungkit itu ini sehingga bab basuh pinggan dan buat air sirap pun bising. Sedangkan yuran yang dia orang bayar separuh dari kita orang. Apa ertinya kesepakatan dalam kelab kalau benda2 remeh macam tu pun kecoh.

Bagaimanapun saya cukup puas hati dalam mesyuarat AJK baru2 ini, apabila yuran RM15 sama rata telah diluluskan. Kali ini kalau nak merungut pun tak apalah sebab dah adil, tetapi kalau tak nak masuk kelab pun lagi bagus. Tidaklah menyusahkan ahli-ahli lain yang komited untuk majukan kelab.

Oklah, terima kasih Pesidura kerana beri ruang untuk saya luahkan perasaan saya ini.
Wassalam.