SELAMAT TINGGAL 2009...RSSB TETAP DIHATI

Assalamualaikum

Tahun baru sudah melangkah tetapi azam hamba belum difikirkan lagi. Apa ler agaknya azam tahun 2010 ni?...
Pastinya hamba nak jadi lebih didikasi dalam tugas.. Macam bodek bunyinya... Bodek macamana sekalipun 10 tahun dah bekerja tapi camni jugak. Masih dalam gred lama. Tak kisahlah... Janji tidak menganggur sudah!

Tahun 2009 ditinggalkan dengan penuh suka duka.


...
Belum terlambat rasanya untuk hamba ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Lantaran itu, Selamat Tinggal Untuk 2009. Apa yang baik dikendong bersama ke 2010 dan apa yang buruk cicir-cicirkanlah...Semoga kita semua dalam kesejahteraan selalu.
Antara yang sukanya ialah...

Satu kejutan yang mungkin tidak akan dilupakan ialah pembayaran bonus tahun 2008. Sebulan setengah lagi..! Terima kasih... Walaupun negara dihimpit dengan kedudukan kewangan yang tidak menentu, pihak Risda Semaian masih lagi mampu membela kakitangannya. Mudah-mudahan pencapaian Syarikat terus meningkat di masa hadapan dan harap-harap juga bonus 2009 pun akan ada jugak nanti.. hak! hak! hak!


Dukanya pula pada tahun 2009  hamba terlibat secara langsung dalam konflik dengan pihak pengurusan Pusat Tanggungjawab RSSB dot dot dot... Punca timbulnya konflik ni kerana adanya sikap ketidakpercayaan atau juga kerana tidak faham sepenuhnya tentang jajaran kerja disebelah pihak dot dot dot. Dengan itu wujudlah permintaan atau arahan yang tidak sepatutnya. Apa salahnya, bertanya jika tidak tahu. Bukan terus salahkan pihak hamba yang keberatan untuk tunaikan permintaan atau arahan yang lari dari prosedurnya. Dan yang sakitnya, terus report ke pihak atasan. Maka akibatnya hal yang kecil terus jadi besar... Kita jugak yang susah!
Bagaimanapun syukur Alhamdulillah, semuanya telah berakhir dengan baik sekali dan diharap bertambah baik pada tahun 2010.


         Sebenarnya terwujudnya blog ini bukannya untuk fokus kepada hal-hal kerja, tidak juga  untuk menyalah sesiapa dan tidak sesekali sebagai ruang untuk mepertikaikan pentadbiran Syarikat tetapi sekadar meluahkan rasa suka duka dalam mengharungi tugas harian dan juga ketika beraktiviti bersama Kelab Sukan. Andai ada sepatah dua perkataan yang tidak disenangi, anggaplah ianya hanya pandangan atau kritikan-kritikan kecil sahaja demi kebaikan Syarikat. Dan sekiranya ianya langsung tidak membawa kebaikan, hamba menyerah diri memohon maaf kerana itu mungkin datang dari hamba yang daif.



SEBAGAI PENGENALAN...
Ingin sekali hamba memperkenalkan pejabat kesayangan hamba.





DULU





SEKARANG



Hamba di AMBS, merasa agak gembira dengan keputusan tepat Pengurus Risda Semaian Negeri, En.Ahmad Farid dengan dibantu oleh Eksekutif Risda Seed, En.Mohd Zharif yang mendorong pengubahsuaian pejabat yang agak usang sebelum ini.. Nama saja Risda Semaian dan Landskap, tetapi keseluruhan pejabat hamba ketika itu langsung tidak menggambarkannya. Kadang-kadang terasa juga aib bila ada pelawat atau pelanggan yang datang namun hari ini kami sentiasa bersedia menerima kunjungan siapa saja. Pejabat hamba sudah berubah wajah dan sedap mata memandang.
Bagaimanapun hamba masih berharap agar hamba boleh menduduki pejabat di atas nama Risda Semaian sendiri di AMBS ini. Mengapa hamba merungut begitu? Sebab, selagi statusnya sewa, perubahan-perubahan penting terutamanya melibatkan struktur bangunan sukar untuk dilaksanakan kerana terpaksa meminta kebenaran dari pemiliknya terlebih dahulu iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Setahu hamba, baik bangunan kilang, bangunan kedai ataupun rumah yang statusnya sewa tidak mungkin dapat dijadikan hak milik kecuali jika ia berstatus sewa beli.




Apa-apapun hamba tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang, sekurang-kurangnya hamba tidak berpejabatkan kontena. Opp! sorry, tak bermaksud merendahkan site office yang ada satu dua tu.




Di Risda Semaian Negeri Terengganu, sahabat-sahabat hamba bersama-sama membantu syarikat dengan tugasan masing-masing untuk meningkatkan produk seperti di bawah.






ANTARA PRODUK DI RISDA SEMAIAN NEGERI TERENGGANU




BTS DARI LADANG RISDA (RSSB) ULU PAKA





SEMAIAN SAWIT DI TAPAK SEMAIAN TT2





BIJI CAMBAH KELUARAN RISDA SEED, AMBS


Gambar-gambar di atas adalah produk-produk utama di Risda Semaian Negeri Terengganu khususnya di AMBS. Selain produk tersebut, benih getah juga diusahakan tetapi tumpuan di Tapak Semaian RSSB Batu 17.
Walaupun Tapak Semaian RSSB Batu 17 agak jauh dari AMBS, hubungan antara dua cawangan Risda Semaian Negeri Terengganu amat baik dan sentiasa bekerjasama baik dari segi operasi mahupun latihan seperti field day dan persiapan sesuatu majlis penting.


Field Day- Mempelajari Formula Membentuk Lining
Di Tapak Semaian TT2, AMBS





Setelah penat lelah menunaikan tanggungjawab di ladang, di tapak semaian , di makmal serta bertungkus lumus di pejabat pentadbiran kami juga melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kelab.



AKTIVITI AKTIVITI KELAB SUKAN DI RISDA SEMAIAN NEGERI TERENGGANU


Sepanjang 2008 dan 2009, banyak aktiviti di adakan seperti lawatan sambil belajar, hari keluarga, kejohanan sukan, majlis Hari Raya ,majlis perpisahan dan berbagai majlis lagi. Dengan aktiviti begini terasa 'hidup' berada di Risda Semaian Negeri Terengganu ni.




BOLING PERSAHABATAN DENGAN LADANG GETAHRISDA KG. AWAH






HARI KELUARGA RISDA SEMAIAN NEGERI TERENGGANU
DI ANGULIA RESORT, TERENGGANU








LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI KAKITANGAN
RISDA SEMAIAN IBU PEJABAT






KEJOHANAN PING PONG TERTUTUP KELAB SUKAN
RISDA SEMAIAN NEGERI TERENGGANU







MAJLIS PERPISAHAN EKSEKUTIF SEED GARDEN @
PENGURUS RSSB N.TRG , EN.IMRAN ZAKARIA





MAJLIS JAMUAN HARI RAYA





BERMUAFAKAT MELAPAH DAGING UNTUK
MAJLIS HARI RAYA





SAMBUT TETAMU.. DIKETUAI OLEH PENGURUSNEGERI DAN DIIRINGI KAKITANGAN





MENJAMU SELERA DI MAJLIS PERPISAHAN
SAUDARA FAUZI MOHD JUSOH








BANYAK LAGI GAMBAR -GAMBAR AKTIVITI RASMI JABATAN DAN KELAB SUKAN RSSB NEGERI TERENGGNAU
(Cerita bergambar dalam proses download)

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.