Al-Fatihah Buat Imran

Baru semalam hamba memohon kepada sahabat handai, kenalan-kenalan dan bekas rakan sekerja menaburkan doa untuk beliau supaya beliau cepat sembuh...


Baru sekejap tadi hamba dengan sahabat sepejabat iaitu Sakri, Din, Madi dan Zamri bersaksikan  en.Farid berbincang untuk melawat beliau di KMC esok...

Dan baru sebentar saja ini, setiba hamba ke rumah dari pejabat dan belumpun sempat punggung ini menyentuh kerusi hamba dimaklumkan beliau telah pergi...

Tiada apa yang dapat hamba katakan...selain bertafakul, mengisafi diri, bahawa tidak siapa dapat menghalang setelah dikehendak Illahi.

Sedih dan terkilan... kerana merasakan masih ada kemaafan yang belum sempurna antara hamba dan beliau sepanjang menjadi pekerja dan sahabat dulu. Semoga Allah mengampuni dosa hamba terhadapnya dan dengan setulus hati hamba memaafkan beliau sekiranya masih ada sisa-sisa dosa antara kami. Wallahualam.

Sekali lagi, hamba memohon kepada sahabat-sahabat, rakan kenalan dan rakan sekerja yang mengenali beliau, marilah bersama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat Imran dengan harapan moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Takziah!
Kepada keluarga arwah... terutama isterinya, hamba mengharapkan agar dapat menerima ketentuan Illahi ini dengan penuh keredhaan. Susungguhnya, ada rahmah disebalik ujianNya ini.

Al-Fatihah....













5.55 petang/2010 Jan 12

2 ulasan:

Sufian berkata...

Hilangnya seorang sahabat yang baik.

Unknown berkata...

Rasanya baru semalam bergurau senda dengan arwah. Buat isteri serta anak-anaknya agar tabah menghadapi ujian yang getir ini. Semoga ALLAH s.w.t. menempatkan beliau bersama hamba-hamba yang " SYAHID ". Amin Ya Rabbal A'lamin