Wajarkah Pengerusi Kelab Letak Jawatan?

Mesyuarat AJK kelab Sukan kali pertama pada 31 Januari 2010, menerima banyak perubahan terutama dari segi yuran bulanan ahli. Buat kali pertama dalam sejarah kelab sukan RSSB Negeri Terengganu, yuran diluluskan sebanyak RM15.00 setiap ahli termasuk pekerja harian. Kalau sebelum ini yuran untuk kakitangan tetap adalah RM10.00 manakala untuk pekerja harian, sebanyak RM5.00.

Pro dan kontra dari keputusan ini dapat dilihat apabila ada sesetengah pekerja perlu memikir panjang untuk terus menjadi ahli kerana merasakan bayaran setinggi itu membebankan dan ada juga yang sangat bersetuju demi peningkatan kewangan kelab yang boleh membantu dalam menjalankan kegiatan sepanjang tahun.

Bagaimanapun bagi hamba ianya cukup sesuai memandangkan kelab juga telah meluluskan untuk menambah baik dari segi kebajikan ahli termasuk keluarga seperti :-

  1. Sumbangan kewangan kepada ahli yang anak-anaknya mendapat kelulusan cemerlang dalam pendidikan

  2. Sumbangan kewangan untuk ringankan beban jika ada antara ahli keluarga ahli yang sakit di wad

  3. Sumbangan apabila berlaku kematian ahli atau keluarga 

  4. Sumbangan apabila menunaikan haji

  5. Sumbangan apabila melangsungkan perkahwinan dan

  6. Sumbangan hadiah hari lahir.
Banyak tu....!
Tak kanlah yuran RM15.00 pun susah untuk semua itu... malah setiap ahli akan menikmati kebajikan ini tanpa pengencualian baik pekerja tetap mahupun pekerja harian. Hamba kira yuran itu cukup adil dan munasabah. Begitu juga jika ada aktiviti di luar pejabat seperti di pantai atau makan malam di mana-mana restoran atau hotel, semua ahli terlibat.

Hamba harap, fikir-fikirlah... kita di Risda Semaian Negeri Terengganu ni tidak ramai, andai ada seorang dua yang bukan ahli, apakah tidak terasa jika pekerja lain bersuka ria dengan aktiviti tetapi yang sorang dua tu macam terpinggir. Nanti dituduhnya pula kelab pilih kasih.

Itu pasal ahli dan yuran. Ini satu hal lagi. Hamba cukup hairan walaupun tidak terkejut apabila pengerusi kelab dengan tiba-tiba meletak jawatan. Hamba dah dengar desas desusnya sebelum ini tetapi mengharapkan ada perubahan ketika mesyuarat tu. Malangnya perletak jawatannya ketika penutup mesyuarat tersebut jadi tiada siapa dapat membantah. Itu mungkin perancangan beliau.


EN.AHMAD FARID B MOHD YUSOF
Bekas Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi

Hamba nak bertanya sikit di sini sebab ketika mesyuarat AJK tempoh hari tidak diberi kesempatan. Apakah alasan yang paling wajar untuk tindakkan itu? Setahu hambalah, dia kecewa apabila ada antara ahli mempertikai satu keputusannya iaitu berkaiatan pemberian kot . Hamba tidak nampak dengan alasan itu memberi impak kepada beliau sedangkan keputusan itu bukan dari pengerusi kelab tetapi dari Pengurus Risda Semaian Negeri. Itu sangat berbeza walaupun dua jawatan itu disandang oleh orang yang sama. Maksud berbeza adalah Pengerusi kelab dengan hal ahli kelab, dan Pengurus Negeri dengan hal pekerja syarikat. Beliau sendiri juga  yang uar-uarkan jangan campur adukkan urusan kelab dan urusan pejabat tetapi nampaknya beliau sendiri juga yang campurkan kedua-duanya dalam membuat keputusan meletak jawatan itu. Hamba sangat berharap ada alasan lain yang lebih relevan dengan keputusan beliau itu.

Takkan seorang pengerusi kelab yang berpengalaman dan mempunyai hujah yang hebat tewas dalam menghadapi tekanan sekecil itu. Lagipun semua dah tahu, mereka yang merungut tu sebenarnya tidak tahu hal sebenarnya jadi apa salahnya kalau dimaafkan  dan tidak panjangkan lagi dengan tindakkan yang tidak wajar seperti itu. Mungkin dengan cara itu boleh menyejukkan hati mereka yang tidak berpuashati dan merapatkan lagi ukhwah antara ahli.

Sekiranya beliau masih sayangkan kelab, tidakkah terperasan bahawa AJK kelab tahun ini nampak lebih bersemangat berbanding tahun-tahun sudah dan apakah beliau sanggup hancurkan harapan mereka ini.

Hamba dah bercakap dengan beberapa orang AJK dan juga ahli bahawa mereka juga dah hilang semangat untuk bergiat dengan tindakkan drastik bekas pengerusi itu. Dan tidak mustahil akan ada pula AJK yang akan turut sama mengambil tidakkan seperti beliau.

Hamba haraplah, bekas pengerusi dapat hadir dalam mesyuarat akan datang untuk memberi penjelasan sebenar dan kalau boleh menarik balik keputusan beliau dalam mesyuarat pada 31 Januari lalu demi mengukuh kedudukan Kelab Sukan dan Rekreasi Risda Semaian Negeri Terengganu.

Tiada ulasan: