Hamba

Nama Hamba : PesiDura
Alamat            : RISDA SEMAIAN NEGERI TERENGGANU
Jantina            : LELAKI



















Hamba menulis ni saja nak memperkenalkan Risda Semaian Negeri Terengganu kepada sesiapa saja di Malaysia ni malah di dunia kalau boleh. Mana tahu satu hari nanti  ia boleh jadi terkenal dengan produk-produk pengeluaran yang berkualiti.

Selain itu, hamba juga selitkan aktiviti kelab. Sebab pada hamba kalau bekerja tanpa riadah atau aktiviti tertentu boleh jadi bosan juga. Sekurang-kurang orang lain atau pekerja dari Risda Semaian negeri lain boleh turut sama tahu perkembangan kita di sini. Secara tidak langsung mungkin kita dan kelab dari Risda Semaian lain boleh aturkan sesuatu aktiviti nanti.



HUBUNGI HAMBA

Hamba mengalu-alukan kepada sesiapa terutama pekerja atau ahli kelab Sukan Risda Semaian Negeri Terengganu untuk meluahkan apa-apa baik berkaitan kelab atau kerja. Tulisan anda akan di paparkan di ruangan ' Usik Sikit '

Untuk makluman, hamba tidak akan siarkan nama sebenar dan alamat email anda sekiranya itu yang dimahukan.

 HANTARKAN LUAHAN @ TULISAN ANDA KE ALAMAT E-MAIL DI BAWAH


Namun hamba mengharapkan agar tulisan anda tidak melampau sehingga boleh menyinggung perasaan sesiapa dan setiap ayat yang dikarang oleh anda tidak akan disunting kecuali di atas kemahuan anda.

" SeLaMaT MeMbAcA...dAn SeLaMaT bEkErJa..."