Mesyuarat Agong Kelab Sukan 2010



Tanggal 25 Januari 2010, satu mesyuarat agong kelab sukan Risda Semaian Negeri Terengganu telah diadakan di bilik mesyuarat Risda Semaian AMBS. Mesyuarat diadakan pada jam 3.30 petang dan berakhir tepat jam 4.15 petang. Kehadiran ahli melebihi 2/3 iaitu 29 orang daripada 32 orang.

Selepas majlis perlantikan dijalankan, kedudukkan AJK tidak banyak berubah seperti tahun 2009. Ini mungkin kewibawaan AJK lama menjadi punca. Apa tidaknya, sepanjang tahun 2008 dan 2009 banyak kegiatan dapat dijalankan dengan jayanya.

SENARAI AJK YANG DILANTIK PADA 25 JANUARI 2010


PENGERUSI





SETIAUSAHA




BENDAHARI

PN. ZUNITA MAMAT - KEKAL


AJK-AJK

- MOHD ZHARIF DAHALAN      - KEKAL
KAMARUDDIN MOHAMMAD    - KEKAL
MD ZAMZUREE YUSOF         - KEKAL
- NORASMADI HARUN            - KEKAL
- ZAMRI SHARI                     - KEKAL
- ABD RAHIM RAIS                - KEKAL
- NOOR AYUNIE RAMLY         - KEKAL
- ESAH MOHAMAD                 - BARU

Mesyuarat yang sepatutnya untuk pemilihan ahlijawatankuasa baru telah berlarutan kepada kes-kes ketidakpuashati ahli melibatkan dalam hal pengurusan. Namun dengan ketenangan pengerusi dan dibantu oleh ahli yang memahami keadaan sebenar dapat membantu menenangkan sedikit keadaan.

Pada hamba, walaupun mesyuarat berakhir dengan baik tetapi masih ada sisa-sisa kekecewaan ahli yang mengharap sesuatu tetapi tidak kesampaian kerana pemahaman antara urusan kelab dan syarikat sangat cetek.

Pekerja dan ahli kelab adalah dua benda yang berbeza. Bagaimanapun ia berjalan dalam laluan yang hampir sama. Ini boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tiada pemahaman yang betul. Sebagai pekerja jika bukan ahli kelab, mereka tidak mungkin akan dibenarkan turut serta dalam kegiatan kelab walaupun mereka ini pandai bermain apa jenis sukan atau bekerja dengan didikasi sekalipun.

Kebajikan ahli kelab tertakluk kepada kewangan kelab yang 90% datangnya dari yuran dan 10% dari sumbangan orang tertentu. Jadi kelab terpaksa bergerak mengikut kewangan semasa yang ada.

Kebajikan pekerja pula tidak melibatkan siapa mereka, ahli kelab atau tidak itu bukan soal. Bagaimanapun ia tertakluk dengan terma. Kakitangan tetap dengan termanya dan pekerja harian (checkroll) dengan termanya. Ini seharusnya difahami. Terma ini bukan Risda Semaian Negeri Terengganu yang buat tetapi seluruh Risda Semaian di Malaysia menggunapakainya.

Hamba harap selepas ini tiada lagi isu-isu yang tidak sepatutnya begini timbul lagi, biarlah kita dalam keluarga yang kecil ni damai dan saling bertolak ansur tanpa rasa hasat dengki.

Klik Untuk Lihat Gambar Suasana Mesyuarat.

Tiada ulasan: