Doa Untuk Imran

Assalamualaikum...
Tempat jatuh lagi diingat, musuh ketat tak mudah dilupa... apalagi seoarang ketua...seorang bos , yang juga seoarang sahabat yang baik.
Kadang kala makan bersama, bermain bersama dan berhobi (memancing) bersama.

Tepat jam 10.30 malam, hamba di hubungi biras beliau (Zul Hardware). Nazak dah katanya. Dia dalam perjalanan ke KMC (Kuantan Medical Center)
Terkejut hamba...

Pagi tadi En.Farid (Pengurus Risda Semaian Trg- Yang mengambil alih tugas beliau setelah beliau berpindah) ada memaklumkan tentang keadaan beliau. Jadi sebenarnya hamba dah tahu sedikit sebanyak perkembangan beliau tetapi kehadiran 'orang risda' untuk membuat penggambaran tentang proses pengeluaran benih menyebabkan hamba kurang mengambil perhatian, malah tidak sempatpun untuk mengirimkan salam melalui en.Ahmad Farid yang ke sana untuk melawat beliau.


Imran...Insan yang hamba maksudkan. Bekas eksekutif Risda Seed dan juga pengurus Risda Semaian Negeri Terengganu.
IMRAN BERSAMA ISTERI DAN ANAKNYA KETIKA
BEREHAT DI SENTUARY RESOUT, KENYIR
SEMASA MESYUARAT PENGURUSAN RISDA SEMAIAN
NEGERI TERENGGANU PADA TAHUN 2008

Malam dah larut.. Esok  'orang risda' masih lagi ada untuk urusannya yang belum selesai ntah-ntah sehingga lusa. Jadi untuk waktu terdekat ini hamba tiada kesempatan untuk lawati beliau namun apa yang mampu hamba hulurkan hanya doa semoga beliau cepat sembuh.

Kepada rakan  sekerja... sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengenalinya, sama-samalah kita hulurkan doa untuk IMRAN. Pohon kepada Illahi agar beliau disihatkan kembali... Janganlah pula kerana perselisihan kecil lama dijadikan alasan untuk mendengar sahaja tentang penderitaan beliau tanpa sebarang doa untuk kesejahteraannya. Ingat! esok lusa kita juga mungkin menerima nasib yang serupa.


1.25 pagi/2010 Jan 12

Tiada ulasan: