Assalamualaikum Dato' KP...Ape Cerite?

Dato' KP dah sampai... Jam di handset hamba pukul 1.37 ptg ketika itu, tapi waktu sebenar 1.27 sebab hamba sengaja setkan  cepat 10 minit.
Ketika itu,hamba baru je keluar dari rumah. En.Zharif call memaklumkan kehadiran dato' KP. Terkejut jugak hamba, apa tidaknya? Dato'KP dijadualkan sampai pukul 3 petang dan kami diarah bersiap sedia pukul 2 petang  tapi pukul 1.15 tengahari rombongan beliau dahpun sampai. Alamak!!! 

Kitaorang balik rumahpun bukan saja-saja nak rehat tetapi untuk bersihkan diri dan bertukar pakaian setelah sepagi membuat itu ini bagi selesaikan persiapan terakhir. Tak tahulah situasi ini akan menjadi isu nanti... Namun bagi hamba ianya dijadikan sebagai satu pengajaran yang berguna kelak.

Sesampai ke pejabat, En.Mohd Zharif Dahalan (Eksekutif Risda Seed) sedang memberi taklimat berkenaan perjalanan operasi di Risda Seed kepada Dato' KP. Dengan muka seposen hamba masuk ke bilik taklimat yang telah dipenuhi oleh pegawai-pegawai kanan Risda yang mengiringi Dato' KP antaranya Pengarah BBIP, Hjh Rodiah bt Selamat, Timb. Peng. BBIP, Tn. Haji Fikri bin Ghani dan Pengarah Risda Terengganu, Pn. Zainabon bt Ismail.

En.Mohd Zharif Dahalan sedang memberi taklimat berkaitan
operasi kerja di Makmal Risda Seed AMBS kepada Dato'
Ketua Pengarah Risda



Sebelum itu, semasa kitaorang bergotong royong membuat persiapan, hamba terperasan air muka semua pekerja termasuk pegawai-pegawai ada bayang-bayang 'tanda soal' dan 'tanda seruan'. Hamba tak faham sebenarnya samada tanda-tanda itu bermaksud bimbang ke... gembira ke..atau apa? Tapi cukup berbeza riak mereka sewaktu dapat khabar terima bonus dulu, cukup ceria!
Hamba rasalah, mereka ni mungkin risau... Risau ada sesuatu yang tidak kena atau  tidak menyenangkan yang mungkin membuatkan dato' KP  akan tegur nanti. Perasaan ini wujud mungkin kerana persiapan yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Iyalah... Sahnya kehadiran dato' KP ke sinipun tak sampai seminggu lepas. Yang tidak sahnya dekat 2 minggu lalu dan yang paling sahihnya kehadiran dato' KP pada pagi hari kedatangan beliau apabila pihak Risda Semaian Negeri Trg menerima faks dari HQ menyatakan Dato' KP akan adakan lawatan ke AMBS. Nasib baik kitaorang mendapat maklumat lisan terlebih awal, kalaulah mengharapkan surat hitam-putih dari HQ baru nak bertindak, tak reti nak ceritalah!

Bagi kitaorang di AMBS ni, kehadiran Ketua Pengarah Risda (KP) adalah satu peristiwa yang besar dan mungkin akan menjadi sejarah. Seingat hamba sepanjang hampir 11 tahun hamba di sini, rasanya inilah kali pertama orang paling berkuasa dalam Risda sampai. Sepatutnya pihak HQ keluarlah surat seawal mungkin untuk kitaorang di sini sebagai makluman. Kitaorang perlu melakukan persiapan. Jangan dah dekat nak keluar baru cari jamban. Sakit tau!


Gambar atas dan bawah menunjukan kakitangan Risda Semaian
sedang bergotong royong dalam persiapan menyambut KP


Sekejap jadi..sekejap tidak. Lepas tu jadi pulak. Tak kisahlah... Itu hal dato' KP. Beliau Ketua Pengarah. Sibuk sana sini, kitaorang terima hakikat itu, bagaimanapun kitaorang di sini perlu membuat persiapan. Walaupun makmal dan pejabat telah lama 'siap' namun persiapan 'istimewa' perlu dibuat untuk rombongan beliau demi menjaga nama  Risda Semaian seluruhnya. Jadi, hamba yang turut sama dalam persiapan ini dengan lelah terjelir merasakan seperti tidak cukup masa dan ruang untuk menampakkan keadaan di sini menjadi terbaik di mata dato' KP. Dan setakat 'ini' seadanya yang termampu kitaorang buat. 


 
Bersama-sama memperkemaskan tempat santapan
yang seadanya untuk rombongan dato' KP
 
Hamba akui, di Risda Semaian Negeri Terengganu, khususnya di Makmal Pengeluaran Biji Cambah keadaan agak 'tersumbat' kerana keluasannya tidak mencukupi berbanding peralatan yang ada akhir-akhir ini, tetapi tetap bersih dan tersusun. Seperti dalam tulisan hamba terdahulu, ini bangunan sewa, keluasan hanya 60' x 40' sahaja, di situlah tempat mesin depulper, di situlah tempat peram tandan, di situlah bilik heater chamber, bilik sejuk , rak cambah , bilik pilih biji, setor dan beberapa bilik lagi. Ada tempat perlu basah , ada tempat perlu kering. Ada juga tempat perlu panas dan tempat perlu sejuk. Semua itu kewajipan untuk menjalankan aktiviti di Risda Seed ini. Itupun ada sesetengah ruangan atau bilik yang 'suka-suka saja' kitaorang tambah tanpa pengetahuan tuan penyewa, kalau tidak tentu keadaan makmal ini jadi seperti pasar borong.

Lantak  KP lah nak tegur ke nak apa... itu kerja dia! Sebenarnya ini ungkapan untuk menyedapkan hati sendiri sahaja. Sesungguhnya di fikiran kitaorang,  terutamanya hamba rasa sangat bimbang kalau-kalau ada sesuatu yang membuatkan dato' KP tidak berpuas hati dan meradang. Dibuatnya makmal ini ditutup, apa cerita?

Namun apa yang kitaorang lakukan selama ini adalah yang terbaik untuk syarikat dan terus komited selagi kitaorang mampu. Nyatanya Risda Seed telah berjaya setakat ini. Sekiranya ada teguran atau cadangan, kitaorang pasti akan perbaiki dari masa ke semasa mengikut apa yang termampu.

Syukurlah... Semua kakitangan kat AMBS ni , dari pekerja bawahan hingga ke jawatan tertinggi sepakat meringankan tulang dan saling membantu-membantu bagi menjayakan persiapan ini.




APA KOMEN KP???

Sebelum itu, jom tengok gambar sepanjang  lawatan satu jam setengah dato' KP di Risda Semaian Trg, khususnya di Risda Seed AMBS.


TAKLIMAT OPERSAI DI RISDA SEED OLEH EKSEKUTIF, ENCIK MOHD ZHARIF BIN DAHALAN








LAWATAN DATO' KP KE TEMPAT OPERASI PROSES BIJI BENIH DIIRINGI OLEH EKSEKUTIF RISDA SEED 















JAMUAN RINGAN SEBELUM KEBERANGKATAN PULANG DATO' KP







MENANDATANGANI BUKU PELAWAT




TERAKHIR SEKALI,
BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KAKITANGAN RISDA SEMAIAN AMBS







KOMEN YANG BERBAHAGIA DATO' MOHAMMAD IZAT BIN HASSAN, KETUA PENGARAH RISDA

Yang tersurat... hanya itu dapat ditatap, yang tersirat tiada siapa yang tahu. Dato' KP tidak secara jelas memberi pandangannya terhadap operasi di Risda Seed dan persekitaran di Risda Semaian ini tetapi pada pendapat Eksekutif Risda Seed, En.Mohd Zharif Dahalan, Dato' KP agak berpuashati dengan keadaan di sini. Hamba pun berfirasat sedemikian, kerana sepanjang dato' di sini di bibirnya tidak lekang dek senyum dan kadang kala ketawa terbahak-bahak. Alhamdulillah!


Kitaorang memohon maaf kepada  Yang Bhg. Dato' KP dan rombongannya sekiranya apa yang disediakan tidak seperti yang diharap...dan,

Kitaorang di Risda Semaian AMBS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Pengarah BBIP, Tuan Haji Fikri bin Ghani kerana banyak membantu memberi pandangan berguna semasa persiapan dilakukan sehingga berjaya menutup sedikit sebanyak kelemahan yang ada.


   Tuan Haji Fikri Bin Ghani
   Timbalan Pengarah BBIP 











Tiada ulasan: