APAKAH KITA AKAN ADA PEJABAT SENDIRI

Pada, 09 Januari 2010, pengurus Risda Semaian Negeri Terengganu ditemani Ketua Jabatan Pengurusan Ladang, Tn. Hj Mohd Hisham b. Yahaya  yang kebetulan membuat lawatan ke sini bersama-sama telah ke pejabat KETENGAH untuk pertemuan dengan Pengurus Besar Jabatan Kemajuan Terengganu Tengah tersebut bagi membincangkan tentang pembelian bangunan yang sekian lama di sewa ini di atas arahan Pengurus Besar Risda Semaian, En. Mohamed Nazri b Baharudin melalui SMS.

Hamba dan kakitangan lain di AMBS, merasa teruja untuk mendengar keputusan dalam perbincangan tersebut dan berharap pihak Risda Semaian mendapat kejayaan.


Bangunan KETENGAH yang Risda Semaian
Negeri Terengganu sewa.


Namun hasil perbincangan tersebut tidak menampakkan hasil yang diharapkan namun apakah Risda Semaian akan membeli bangunan yang baru siap dibina di sebelah bangunan yang sedang disewa ini? Bangunan ini belum bertuan.

Bangunan baru yang belum bertuan bersebelahan
bangunan sewa Risda Semaian AMBS


Keputusan untuk membeli bangunan tersebut belum lagi dibuat kerana Pengurus Negeri perlu membentangkan hasil perbincangan tersebut kepada pengurus Besar Risda Semaian terlebih dahulu. 

Pada hemat hamba, selain membeli bangunan tersebut Risda Semaian juga perlukan kos untuk pemindahan peralatan serta pengubahsuaian semula bilik atau ruang khusus bagi makmal Risda Seed yang mungkin menelan belanja hampir ratusan ribu ringgit.
Antara bilik yang penting seperti BILIK PANAS, BILIK SEJUK, BILIK PERCAMBAHAN dan BILIK PENERIMAAN TANDAN termasuk ruangan mesin DEPULPER, SAPARATOR  dan NUT CRACKER. 

Bilik lain yang juga penting adalah BILIK PEMILIHAN BIJI CAMBAH, BILIK BERSIH BIJI, KOLAH RENDAMAN, TEMPAT PENGERINGAN UDARA , BILIK UJIAN dan SETOR.  Itu tidak termasuk lagi kos pendawaian elektrik serta aircond dan pepaipan.

Selain bilik atau ruangan di atas, bilik pejabat PENGURUS, bilik EKSEKUTIF, bilik PENTADBIRAN, bilik KONDUKTOR, bilik MESYUARAT dan satu dua lagi bilik perlu juga diambil kira.

Pemindahan mini tapak semaian  ujian biji dari Risda Seed juga memerlukan perbelanjaan selain membuat garaj baru untuk kenderaan pejabat serta pekerja.
Andai kata pihak KETENGAH menghendaki bangunan yang disewa ditinggal dalam keadaan asal, bermakna pihak Risda Semaian kena juga keluarkan kos untuk meroboh semula bilik2 yang dibina sebelum ini termasuk membuang semua tile yang memenuhi dalaman makmal.
Berkemungkinan juga, Risda Semaian akan membeli tapak kosong untuk pembinaan bangunan baru. Namun ianya lebih kurang sama juga dengan membeli bangunan yang telah siap, bezanya perbelanjaan mungkin bertambah.

Tanah kosong yang terletak 150 meter dari pejabat
Risda Semaian AMBS

Sekiranya difikirkan kepada semua perkara di atas, hamba rasa berat juga untuk meninggalkan bangunan ini. Bagaimanapun terpulang kepada pengurusan tertinggi dalam menangani perkara ini. Ada baiknya pihak atasan membuat perbincangan lanjut dengan pihak atasan KETENGAH agar bangunan yang disewa ini dapat dibeli tanpa berpindah atau membina bangunan baru yang memerlukan kos yang tinggi dan juga masa yang panjang.


Ini hanya pandangan hamba, dan diharapkan tidak mengganggu apa2 keputusan pihak atasan.

Tiada ulasan: